Rabu, 24 Oktober 2018

SELAMATKAH MURID DAN SAMPAIKAH MURID KEPADA ALLAH TANPA PIMPINAN GURU MURSYID?


Dengarlah nasihat Ulama2 bertaraf Auliya Allah terdahulu yang telah menulis dengan tinta emas... !

Dengarlah nasihat Ulama2 bertaraf Auliya terdahulu, yang menjadi asbab tersebarnya Agama Allah ke seluruh muka bumi.

Dengarlah nasihat Ulama2 bertaraf Auliya terdahulu, 
melalui mereka Agama suci Allah masih mengalir di dada Ummat.

Dengarlah nasihat Ulama2 bertaraf Auliya terdahulu, 
dengan barokah mereka Allah Ta'ala terus menerus sirami Kasih Sayang Dia keseluruh alam.

JANGAN sesekali engkau sombong dengan ilmu kamu yang sedikit...
engkau tidak mendengar segala nasehat mereka. 
kerana dalam hati kamu ada titik2 hitam kesombongan yang amat keji.

Engkau menyangka bisa sampai kepada Allah semata2 karena engkau berpegang pada Qur'an dan Hadits tanpa pimpinan Shaikh pewaris Nabi?

Engkau ber angan2 kamu sudah sampai kepada Allah semata2 kerana engkau mahir membaca Al-Qur'an dan Hadits, sedangkan engkau menolak pimpinan Pewaris Rasulullah ﷺ ?

Engkau berdakwa tidak perlukan pimpinan Guru yang Mursyid untuk sampai kepada Allah kerana kamu boleh sampai dengan mahirnya segala ilmu alat?

Rasulullah ﷺ di taqdirkan oleh Allah menerima pimpinan Malaikat Jibril Alaihis salam.  

Guna aqal engkau yang tajam ~ Mengapa Rasulullah ﷺ perlukan pimpinan Jibril sedangkan Rasulullah ﷺ itu sahibul Asrar?

Lihat dengan mata yang bersih,  Daripada Nur Muhammad mengalir sekalian ilmu Allah, sedangkan Allah perintahkan Jibril menjadi Guru kepada Rasulullah ﷺ,  apa i'tibar nya?

Mengapa engkau tidakk merenung sekalian Anbiya memperoleh cahaya Nubuwah, hakikat dan Ma'rifat melalui limpahan cahaya Muhammad Rasulullah ﷺ. tetapi Allah taqdirkan Jibril menjadi Guru kepada Junjungan ?   Mana aqal kamu?  Fikirkan baik2...  !

Para Sahabat yang terpilih menjadi hamba2 Allah yang di ridhoi Allah ~ di pimpin oleh Guru.

Siapa Guru para Sahabat?

Guru mereka adalah Jungjungan Besar Rasulullah ﷺ.  
Mereka sampai kepada Allah dengan berkat pimpinan Rasulullah ﷺ, 
tetapi engkau merasa boleh sampai kepada Allah tanpa pimpinan Guru? 
Engkau berani berkata. Engkau bisa selamat tanpa pimpinan Guru?

Para Tabiin yang memperoleh kejayaan menjadi Auliya Allah yang ternama di pimpin oleh Guru. 
Mereka menjadi khadim kepada Guru mereka sehingga mereka di angkat oleh Allah kepada martabat yang tinggi!

Siapa Guru kepada Ulama2 hebat ini?

Para Sahabat Khula Ar Rashidin adalah Guru Mursyid kepada Tabiin yang mendapat Rahmat Allah

Engkau yang baru bertatih belajar mengaku boleh sampai kepada Allah dengan membaca Qur'an sendiri? 
Engkau bisa sampai kepada Allah tanpa pimpinan Guru Mursyid?

Semua Imam2 Mazhab berguru kepada Shaikh Mursyid sehingga mereka menjadi Ulama2 yang hebat bertaraf Auliya Allah!

Siapa Guru kepada Imam2 Mazhab?

Imam Abu Hanifah dan Imam  Malik berguru kepada Imam At-Toriqat Wal Haqiqat Imam Jaafar Sodiq Radhiallahu anhu,  cicit Rasulullah ﷺ.

Imam Syafie dan Imam Ahmad Ibn Hanbal berguru kepada Imam Ma'ruf Kirkhi, Imam Musa Kazim, Imam Syaiban dan lain2 yang kesemua mereka adalah Shaikh Mursyid yang mewarisi Nabi ﷺ.  

Kesemua  Mujaddid dan Mujtahid  sepanjang sejarah Islam kesemua mereka berguru kepada Shaikh Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, sebelum mereka menjadi Ulama2 yang mencapai kecemerlangan didalam Syariat dan Ma'rifat.

Antara mereka adalah Sultan Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani,  Imam Sazili, Imam Ibn Araby,  Imam Ghazali, Imam Rifa'i, Imam Sayuthi, Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar Asqolani, Imam Ibn Hajar Al Haythami, Imam Haddad, Imam Romli dll.. 
kesemua mereka yang mulia yang mencapai taraf Auliya Allah setelah  berguru kepada Shaikh Mursyid yang siddiq. 

Adakah engkau baru belajar beberapa huruf dari huruf2 islam mengaku sudah hebat boleh sampai kepada Allah dengan sendiri tanpa Pimpinan Guru yang siddiq?

Adakah kamu rasa banggah dengan beberapa ilmu sedangkan Ulama2 fikh sehebat Imam Ghazali pun berguru kepada Shaikh Mursyid untuk memperoleh Agama yang benar..  ???

sambungan....

Adakah engkau merasa selamat tanpa pimpinan Shaikh Mursyid Wakil  Rasulullah ﷺ?

Bacalah dengan nama Allah...bacalah dengan hati yang terbuka.  
JANGAN sekali engkau sombong dengan apa yang ada.  
Sedangkan kesemua Ulama bertaraf Auliya Allah telah berikan arahan dan petunjuk.  

Siapa yang tiada Guru, maka Gurunya adalah syaitan. 

Siapa yang tidak berguru kepada Shaikh Mursyid yang siddiq, maka TIDAK akan sampai kepada Allah.

Berkata Imam Ghazali,

"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bedakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk di masuki oleh siapa saja)  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan mengiringnya (memimpinnya) menuju jalannya. (kepada kesesatan).  Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk,  maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.

[Ihya Ulumuddin]

AWAS.. !
Titik2 kesombongan adalah punca kebinasaan manusia,  punca kerusakan murid, punca penyelewengan khalifah sekali pun.. 

JANGAN kamu rasa boleh berjalan sendiri,  JANGAN kamu sangka  boleh sampai kepada Allah tanpa Guru yang Rashid,   sedangkan Rasul yang Termulia pun di taqdirkan oleh Allah berguru kepada Malaikat., inilah sebagai I'tibar kepada manusia.

SALAH ADAB KEPADA GURU BAWA KEBINASAAN IMAN
……………………………………………
Sebagian orangpun telah berguru kepada Mursyid, 
mengakui kebenaran Shaikh Mursyid itu,   mengakui kelebihan2 yang mereka peroleh berkat kepimpinan Guru tersebut, mengakui mereka memperoleh Rahmat dan Nikmat Allah yang mencurah2.! Tetapi malang  tiba2 mereka berpaling, menjadi biadab dan menjadi penentang akibat hasutan nafsu dan iblis.

Contoh2 dalam sejarah menjadi i'tibar bagi murid2 dan khalifah.

Wasil bin Atho,  murid cerdas dan cemerlang Imam Hasan Al Basri.  Tetapi Wasil bin Atho biadab dengan Gurunya menentang Gurunya, akhirnya binasa.   Dari ajaran wasil bin atho muncul fahaman sesat Mu'tazilah.

Beberapa orang khalifah  Guru kami, Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi,  menjadi biadab, bangkit menentang Al Marhum Guru,  akhirnya terlucut khalifah dan menjadi gelap hatinya.   
yaAllah.... 
jauhkanlah kami dari termasuk golongan biadab!

Murid dan khalifah ambil i'tibar...  JANGAN kamu rasa kamu sudah hebat apabila di kurniakan beberapa kelebihan.  JANGAN sesekali jahat sangka kepada Guru walaupun pada zahirnya kelihatan berlawanan dengan menurut pengetahuan kamu. JAHAT SANGKA kepada Guru adalah permulaan bagi dosa2 besar yang berturut2, -  tajassus,  kazib, ghibah, namimah fitnah. 

Wal Iyazubillah.

Tidak ikhlas, tidak beradab dan  kesombongan adalah punca2 kebinasaan Iman!

Semoga kita semua selamat dari tipudaya nafsu, syaitan, dunia dan makhluq.

اَللّٰـهُمَّ صَلِّ عَلَى رُوْحِ سَيِّدنَا مَحَمَّدٍ فِي الْاَرْوَاحِ وَعَلَى جَسَدِهِ فِيْ الْاَجْسَادِ وَعَلَى قَـبْـرِهِ فِي اْلـقُبُوْرِ وَعَلَى أٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَـلِّم

Tidak ada komentar:

Posting Komentar