Sabtu, 04 Juli 2020

BONGKAR SEJARAH HITAM WAHABI​

KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA THOIF
Wahhabi menyerang kota thoif setelah menawan pemerintahan asy-syarif gholib hakim mekah pada zul qaedah tahun 1217h bersamaan 1802m kemudian wahhabi membunuh penduduk thoif termasuk wanita dan kanak-kanak dan wahhabi turut menyembelih bayi yang masih dipangkuan ibunya.
Wahhabi membunuh umat islam di dalam masjid-masjid & rumah-rumah dan wahhabi bertindak mengejar sesiapa yang lari dari serangan mereka lalu membunuh kebanyakan mereka yang lari itu, wahhabi juga mengumpul sebahagian mereka tadi dalam satu kawasan malangnya kemudian dipukul leher mereka (bunuh) dan sebahagian mereka dibawa oleh wahhabi ke satu lembah bernama wadi aluj lantas wahhabi meninggalkan mereka di wadi yang kosong itu yang jauh dari perkampungan dalam keadaan mereka dibogelkan tanpa pakaian antara lelaki dan perempuan.
Semasa kebangkitan wahhabi di kota thoif mereka turut bertindak ganas terhadap ulama islam di kota thoif dan ulama islam yang berada berhampiran dengannya termasuk ulama islam di mekah dan madinah mati dibunuh oleh wahhabi berdasarkan fakta sejarah tepat. Pada masa itu wahhabi telah membunuh dan menyembelih ulama islam terlalu ramai antara ulama islam yang dibunuh oleh wahhabi adalah:

Mufti mekah al-mukarramah waktu yang sama merupakan seorang mufti mekah dalam mazhab asy-syafi’iyyah bernama syeikh abdullah az-zawawi telah mati dibunuh oleh wahhabi dengan kejam dihadapan rumahnya dengan cara menyembelih mufti tersebut.

Seorang qodhi (tuan kadi) bernama abdullah abu al-khoir juga mati dibunuh oleh wahhabi ketika itu.
Syeikh ja’far asy-syaiby dan beberapa ulama islam bersamanya dibunuh oleh wahhabi dengan cara penyembelihan kejam oleh ketua dan bala tentera wahhabi ketika itu.

Kesemua peristiwa kejam tadi berlaku pada tahun 1217h bersamaan 1802m.

Setelah Wahhabi menyerang kota Thoif dan membunuh umat Islam dan ulamanya disana. Wahhabi menyerang tanah yang mulia Mekah Al-Mukarramah pula tahun 1803M : 1218H seperti yang dinyatakan oleh pengkaji sejarah Abdullah bin Asy-Syarif Husain dalam kitabnya berjudul Sidqul Akhbar Fi Khawarij Al-Qorni Thaniy ‘Asyar. Manakala pengkaji sejarah Wahhabi bernama Uthman Ibnu Basyir Al-Hambaly An-Najdy menyatakan kejadian tersebut berlaku pada tahun 1220H dalam kitabnya Tarikh Najad. Dalam kedua-dua kita sejarah tadi menceritakan kezaliman Wahhabi di tanah suci Mekah antaranya:

KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA MEKAH
Pada bulan Muharram 1220H bersamaan 1805M Wahhabi di Mekah membunuh umat Islam yang menunaikan ibadah haji. Ibu-ibu penduduk kota Mekah dipaksa menjual harta hak milik masing-masing untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh Wahhabi.
Penduduk Mekah kelaparan kerana keadaan begitu zalim dilakukan oleh Wahhabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan berkelimpangan mayat-mayat mereka.
Pengkaji sejarah & merupakan golongan Wahhabi juga (Uthman An-Najdy) menyatakan bahawa Wahhabi menjual daging-daging keledai dan bangkai kepada penduduk Islam Mekah dengan harga yang tinggi dalam keadaan mereka kelaparan. Sungguh dihina umat Islam Mekah ketika itu.
Membongkar Fakta Sejarah Hitam Wahhabi Bertindak Membunuh Umat Islam. Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: “Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada baginda Muhammad SAW!!!” Allahuma’amin. Allahu’alam.
Rujukan :

Kitab Kasyfu Al-Irtiyab

Kitab Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah pada m/s 178

Kitab  Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah

Kitab  Inwan Al-Majdy Fi Tarikh Najad Juzuk 1 Mukasurat 135

Tidak ada komentar:

Posting Komentar