Kamis, 25 April 2019

Usaha dalam mengadap Allah akan terhalang oleh amal yang tidak ikhlas...

Kata Ibnu 'Atho 'illah r.a ;
Janganlah kamu berpindah daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain ,maka jadilah kamu seperti himar penarik gilingan , ia berjalan sedangkan jalan yang dilaluinya itu sebenarnya adalah jalan tempat ia bertolok( tempat ia bermula).
Akan tetapi berangakatlah dari semua keadaan ini menuju kepada yang menciptakan  keadaan( Allah).
Sesungguhnya hanya kepadaNya kamu akan tetap sampai  kepada tujuanmu.

Ibnu 'Atho'illah r.a mengatakan;
Allah telah memutuskan( menghalangi) orang yang sedang berjalan   menuju kepadaNya & orang2 yang sampai kepadaNya daripada melihat amal2  mereka & menyaksikan tingkah laku hati  mereka .
Adapun orang2 yang sedang berjalan menuju kepadaNya ,kerana sesungguhnya mereka belum menyakini kebenaran bersama Allah & dalam amal2nya  itu , sedangkan orang yang telah sampai kepada Allah telah menyamarkan mereka daripada amal2nya kerana mereka telah sibuk melihat Allah.

Amal yang boleh menghantar atau menghadapkan  hati  kepada  Allah  adalah apabila amal tersebut dilakukan dengan ikhlas ( menyandarkan amalan itu hanya kepada Allah semata2 dan bukan kerana lainnya) kerana sesuatu selain Allah itu adalah makhluk , mengakui atas pertolongan serta limpahan  kurnian Allah semata2 dalam segala yang berkaitan dengan amal yang dilakukan kerana  mempunyai kekurangan & kelemahan dan  dengan memperhatikan keatas  segala ketentuan yang sudah ditetapkan oleh Allah  & RosulNya dalam sesuatu amal.
Jika sebaliknya daripada itu , maka  amal itu adalah sia2 &  amal itu menjadi penghalang baginya untuk menghadap kepada Tuhannya bahkan mendapat seksa daripadaNya.

Ibnu 'Atho'illah r.a mengataka;
Lenyapkanlah pandangan makhluk disebabkan adanya pandangan Allah kepada engkau.
Dan lenyapkanlah perhatian mereka kepadamu
disebabkan kesaksian perhatian Allah kepada engkau.

Setiap amal atau perbuatan itu hendaklah dipersaksikan ( dituju & ditujukkan) dan mengharapkan keredhaan hanya kepada Allah semata2  dan bukannya kepada makhluk , kerana Allahlah Tuhan Yang Maha Pengurnia lagi Maha Pemberi Balasan terhadap amal yang dilakukan sedangkan makhluk tiada mempunyai kuasa apa2 .

Setiap amalan atau perbuatan hamba semuanya tidak lepas daripada pengetahuan & penilaian  Allah samada sesuatu amal itu untukNya semata2 atau
untuk makhluk2Nya.

Zun al Nun al Misri r.a mengatakan bahawa alamat ikhlas itu ada 3 perkara;
1-Pujian atau celaan manusia sama sahaja baginya.
2-Tidak riyak dalam beramal ketika ia sedang beramal.
3- Dia melakukan amal itu hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Berkata Ibnu 'Atho'illah r.a;
Apabila kamu menuntut pahala untuk sesuatu amal yang engkau kerjakan ,maka engkau pun dituntut untuk melakukan kesempurnaan  keikhlasan didalam beramal.
Dan bagi seseorang yang belum merasa cukup hendakah merasa cukup jika dia selamat dari tuntutan itu.

Jika  yang dituntut oleh seseorang hamba dalam beramal supaya memperolehi balasan pahala, maka Allah pun menuntutnya dalam mengerjakan  amal dengan benar2 ikhlas  kepadaNya semata2 dan bukannya ingin mendapatkan pahala atau yang lain2nya  kerana Allah baru memberi kurnian pahala itu apabila  seseorang itu  beramal dengan  benar2 ikhlas kepadaNya semata2 tanpa ada tujuan2 yang lain.
Maka itu seseorang yang beramal dengan menuntut sesuatu yang lain didalam niatnya ,maka dikatakan dia beramal mengikut keinginan hawa nafsunya & juga dia telah merasa ragu2 terhadap balasan pahala & limpahan kurniaan  daripada Allah apabila beramal ikhlas semata2 kepadaNya.

Sehubungan dengan ini al Wasithi berkata;
Ibadah2 yang menuju kepada permohonan keampunan itu lebih dekat daripada ibadah2 yang menuju kepada permohonan untuk memperolehi balasan atau syurga.

Perhatikanlah Firman Allah Ta'ala ;
Katakanlah dengan kurnia Allah & rahmatNya hendaklah dengan itu mereka bergembira.
Kurnia Allah & rahmatNya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar